Agus sudah tiada kaitan dengan kerajaan, J-KOM

Agus sudah tiada kaitan dengan kerajaan, J-KOM

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff kini tidak lagi mempunyai kaitan dengan kerajaan atau Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM). 

Justeru, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan terima kasih atas khidmat Mohammad Agus sepanjang perkhidmatan beliau. 

Menurut beliau, jawatan ketua pengarah J-KOM akan diisi secepat mungkin. 

“Saya belum bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim khusus mengenai perkara ini. Saya percaya langkah-langkah untuk mengisi jawatan tersebut akan dibuat secepat mungkin,” menurut laporan Bernama hari ini.

Fahmi berkata demikian kepada media Malaysia di San Francisco sempena mengiringi lawatan kerja Perdana Menteri. 

Semalam, media melaporkan, Mohammad Agus mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ketua pengarah J-KOM. 

Menurut Mohammad Agus, keputusan itu kerana beliau  menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak.

Terdahulu, satu rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip Mohammad Agus tersebar di media sosial. 

Menerusi rakaman video berdurasi 3 minit 3 saat itu boleh didengar secara jelas perbualan sesama lelaki itu melalui panggilan video seperti pasangan kekasih yang sedang ‘memancing’ untuk melakukan hubungan intim.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya