ADUN diarah bantu mangsa banjir-MB Kelantan

ADUN Kelantan diarah bantu mangsa banjir

KEADAAN jalan yang dilimpahi air akibat hujan lebat di Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan diarah untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing yang sedang berdepan dengan situasi banjir ketika ini.

Menteri Besar Datuk Mohd. Nassurudin Daud berkata, selain itu agensi kerajaan negeri turut disaran untuk membantu penduduk yang terkesan dengan musibah itu.

“Pada masa sama, saya turut menyeru rakyat supaya sentiasa peka kepada situasi cuaca selain arahan pihak berkuasa terutama semasa berpindah.

“Kalau boleh…berpindahlah sebelum waktu Maghrib. Aspek keselamatan ahli keluarga, kanak-kanak dan orang tua perlu dititik beratkan sepanjang musim banjir ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

ADUN Meranti itu turut mengajak rakyat untuk menunaikan solat hajat dan berdoa supaya dilindungi daripada musibah banjir ini.

Utusan Online sebelum itu melaporkan, jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 178 orang berbanding 17 orang pada pagi tadi.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM setakat pukul 7 malam seramai 178 mangsa daripada 46 buah keluarga telah ditempatkan di lima buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Kesemua mangsa itu dari dua daerah iaitu Pasir Puteh dan Bachok.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu, Pasir Puteh menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 115 orang, diikuti SK Wakaf Raja (30) dan Sungai Petai (3).

Sementara di Bachok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor menempatkan 23 mangsa manakala SK Jelawat tujuh orang.

Setakat ini semua jalan-jalan utama masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya