Abdul Rashid ketuai MSN

Abdul Rashid ketuai MSN

Abdul Rashid Yaakub
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persoalan mengenai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang baharu akhirnya terjawab apabila Abdul Rashid Yaakub dilantik menggalas jawatan itu berkuat kuasa semalam.

Sebelum ini, Abdul Rashid, 59, memegang tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan pelantikannya sebagai Ketua Pengarah MSN itu adalah bagi menggantikan Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang telah bersara September lalu.

“Pertama sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, KBS (Kementerian Belia dan Sukan), ahli lembaga pengurus MSN kerana melantik saya sebagai Ketua Pengarah MSN selepas mantan Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

“InsyaAllah, saya akan bersama dengan semua pegawai dan anggota, cuba untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini supaya dapat mempertingkatkan lagi prestasi sukan di negara kita dan memberi cabaran tinggi di peringkat antarabangsa.

“Kita akan buat perancangan, berbincang bersama-sama dan akan melaksanakan perubahan. Yang mana sudah elok akan diteruskan dan mungkin akan ditambah baik di sana sini.

“Saya akan menggunakan pengalaman 35 tahun di MSN untuk membantu MSN dari segi pentadbiran secara keseluruhan dan pembangunan sukan,” katanya dalam hantaran video yang disediakan MSN, semalam.

Anak kelahiran Sungai Petani, Kedai ini mempunyai kelulusan tertinggi ijazah sarjana pentadbiran perniagaan di Universiti Utara Malaysia pada 2009 dan memulakan tugasnya di MSN sebagai Ketua Unite KEwangan dari 1988 sehingga 2002.

Selepas itu beliau diamanahkan memegang portfolio sebagai Pengarah Cawangan Kewangan dari 2003 hingga 2006 sebelum diangkat sebagai Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (2007-2017).

Pada 2018 hingga 2019, dia kemudian memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Korporat sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dari 2020 hingga 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya