Abdul Halim dilantik Senator, tekad bawa suara Johor - Utusan Malaysia

Abdul Halim dilantik Senator, tekad bawa suara Johor

Abdul Halim Suleiman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Pemilihan beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor, hari ini.

Terdahulu, pemilihan Abdul Halim dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini.

“Saya mohon membawa rundingan dan mencadangkan supaya Datuk Abdul Halim dipilih oleh dewan ini menjadi Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun.

“Abdul Halim berusia 61 tahun. Beliau pernah menjadi ADUN selama dua penggal mulai 2004 hingga 2013. Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri antara tahun 2014 hingga 2018.

“Beliau kini merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Johor,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Halim  melahirkan rasa syukur atas lantikan itu yang disifatkan sebagai tanggungjawab besar  untuk membawa suara kerajaan negeri ke Dewan Negara.

“Saya tidak sangka dilantik kerana difahamkan kerajaan negeri ada mencalonkan beberapa lagi calon. Lantikan ini merupakan tanggungjawab yang perlu saya pikul dengan lebih baik untuk menyampaikan hasrat Johor di dalam Dewan Negara,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya