8,000 hadiri solidariti untuk Palestin

8,000 hadiri solidariti untuk Palestin

ONN HAFIZ GHAZI bertemu dengan penuntut Palestin yang turut bersama pada program Solidariti Bangsa Johor Untuk Palestin di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kira-kira 8,000 umat Islam di negeri ini membanjiri Masjid Sultan Iskandar di Bandar Dato’ Onn, di sini bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza yang dizalimi rejim Zionis.

Seawal pukul 3 petang, kawasan parkir masjid  tersebut sudah sesak dengan kehadiran hadirin termasuk kanak-kanak yang memakai pakaian berwarna putih serta mengenakan mafla dan mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, semangat solidariti itu menunjukkan betapa rakyat negeri ini prihatin dengan penindasan terhadap rakyat Palestin yang menyaksikan angka kematian terus meningkat.

“Tujuan kita bekumpul hari ini untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap saudara seagama kita di bumi Palestin. 

“Kita menuntut kepada pemimpin dunia agar hak asasi kemanusiaan diberikan kembali kepada mereka dan kita menuntut supaya maruah dan kedaulatan bumi Palestin diberi kembali dan kita tuntut kezaliman, pembunuhan kejam diberhentikan serta-merta.

“Kita menuntut pembunuhan kejam dihentikan serta-merta dan mendoakan agar saudara kita ini yang berada di Palestin diberikan kesabaran, kecekalan, keimanan untuk terus berjuang demi Islam yang kita sayangi,” katanya dalam Majlis Yassin, Tahlil dan Solat Hajat Bangsa Johor untuk Palestin di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid; dua

bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad dan Dr. Sahruddin Jamal serta Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani.

Onn Hafiz berkata, kekejaman yang dilakukan tentera Israel itu amat melampau dengan mengorbankan lebih 12,000 nyawa yang majoritinya golongan wanita dan kanak-kanak.

Katanya, tentera Zionis turut bertindak melampau menggunakan lebih 30,000 tan bom bagi membedil hospital, masjid dan penempatan rakyat Palestin yang tidak berdosa.

“Itulah kezaliman yang sedang berlaku di Palestin namun pemimpin-pemimpin dunia yang dikatakan paling demokratik, paling maju hanya membiarkan mereka tak berdosa itu terkorban begitu sahaja.

“Namun apa yang disuarakan masyarakat dunia dipandang remeh, mereka tak hiraukan apa yang disuarakan. Ramai yang meminta pemimpin-pemimpin di Asia Barat melakukan sesuatu yang drastik membantu masuk ke Gaza, kita mahukan mereka bersuara, satu hati,” tegasnya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyerahkan replika cek lebih RM2.5 juta untuk disalurkan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin Kementerian Luar Negeri Malaysia hasil dari masjid dan surau seluruh negeri Johor, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya