61 mangsa banjir Kelantan masih berlindung di dua PSS

61 mangsa banjir Kelantan masih berlindung di dua PSS

SEORANG remaja lelaki memindahkan lembu peliharaannya ke tempat selamat selepas Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan masih ditenggelami banjir.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 61 mangsa banjir di negeri masih berlindung di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi.

Jumlah tersebut merekodkan pertambahan sebanyak empat orang mangsa berbanding 57 orang setakat pukul 4 petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Banjir negeri dalam satu kenyataan berkata, daerah Pasir Puteh dan Pasir Mas kekal sebagai lokasi yang masih terjejas dengan banjir.

Menurutnya, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja, Pasir Puteh masih menempatkan seramai 30 mangsa daripada tujuh buah keluarga.

“Bagaimanapun, seramai 31 mangsa masih berlindung di PPS SK Tok Deh, Pasir Mas.

“Sungai Golok di Rantau Panjang yang melepasi paras bahaya semalam sudah turun dan kini berada pada tahap amaran,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu sudah melepasi paras amaran manakala enam lagi normal.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya