400 metrik tan benih padi untuk pesawah tidak terlibat banjir

400 metrik tan benih padi untuk pesawah tidak terlibat banjir

MUHAMMAD Husin (tengah) menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 kepada Nor Amirah Ghazali di Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan menguruskan belakan 400 metrik tan (mt) benih padi kepada pesawah yang tidak terlibat dengan banjir pertengahan Disember ini.

Pengerusinya Muhammad Husin berkata, ia melibatkan kawasan di Kota Bharu Utara dan Kota Bharu Selatan bagi membolehkan kerja-kerja penanam padi bagi musim kedua dapat dilakukan mengikut jadual.

“Jumlah itu melibatkan 1,200 pesawah yang mengushakan padi di kawasaan tanaman seluas 7,000 hektar.

“Ia meliputi kawasan Tunjung, Dewan Beta, Salor, Peringat , Melor, Padang Kala, Bukit Marak dan Kok Lanas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 di sini hari ini.

Muhammad memberitahu, ketika ini Kada tidak berdepan dengan masalah bekalan benih padi untuk kegunaan para pesawah dibawah seliannya.

Katanya, pada masa sama petani juga tidak merungut walaupun harga RM45 untuk satu beg.

“Bagi kawasan tanaman padi yang terlibat banjir seperti di Pasir Mas, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh, benih padi akan diuruskan selepas ini.

“Untuk satu musim, Kada memerlukan 4,100 mt benih padi bagi memastikan bekalan beras negara mencukupi,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, lebih 100 petani di kawasan Semerak di sini mendakwa sukar untuk memulakan kerja-kerja di bendang mengikut jadual selepas berdepan masalah benih padi.

Rata-rata pesawah mendakwa mereka terpaksa membuat tempahan awal dan mengikut giliran sekali gus menyulitkan kerja-kerja menanam padi untuk musim baharu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang petani, Mat Nor Ismail, 44, berkata, kesukaran itu menyebabkan petak-petak sawah terpaksa dibiarkan kosong.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya