38,000 sukarelawan SV bersedia bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

38,000 sukarelawan SV bersedia bantu mangsa banjir

ON JABBAR (tengah) bergambar bersama-sama sebahagian pelajar yang menerima Sijil Pentauliahan Tahap Gangsa dan Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Johor 2023 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kira-kira 38,000 sukarelawan Southern Volunteers (SV) bersedia membantu operasi musim Monsun Timur Laut yang dijangka melanda negara bermula bulan ini hingga Mac tahun depan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Datuk On Jabbar berkata, SV beperanan memberikan bantuan semasa dan pasca banjir di seluruh negeri ini dan negeri lain yang memerlukan.

Katanya, bagi melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran, SV menjalani kursus dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sukarelawan SV akan memberi bantuan kepada mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) semasa banjir dan melakukan kerja-kerja pembersihan pasca banjir yang turut melibatkan agensi lain.

“Sukarelawan SV ini adalah terlatih dan sudah menjalani kursus-kursus dengan JKM dan APM untuk mempersiapkan diri mereka,” katanya selepas Majlis Pentauliahan Tahap Gangsa dan Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Johor 2023 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini.

Mengenai anugerah tersebut, On berkata, perkara itu dapat membuka ruang dan peluang kepada peserta di peringkat antarabangsa.

Katanya, terdapat 130 buah negara yang melaksanakan program berkenaan mengguna pakai piawaian atau standard global melibatkan empat komponen, iaitu kemahiran, khidmat masyarakat, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak.

“Dengan wujudnya kerjasama dengan International Award Foundation (IAF), ia juga membuka peluang kepada pemimpin dan peserta ARPRM untuk menyertai persidangan dunia, perbincangan serantau dan pelbagai program latihan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh IAF,” katanya.

Proses pengantarabangsaan menerusi pembelajaran tidak formal seperti program anugerah itu dapat menyediakan golongan muda Malaysia yang mampu bersaing di platform antarabangsa dengan statistik keseluruhan penyertaan hampir lapan juta peserta di seluruh dunia.

Platform  tertinggi, iaitu Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) menerusi kategori Emas Remaja Perdana itu dapat melahirkan golongan muda yang berkualiti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya