317 mangsa Kelantan banjir masih berlindung di PPS

317 mangsa Kelantan banjir masih berlindung di PPS

BEBERAPA buah kampung di Rantau Panjang, Kelantan masih ditenggelami banjir.-UTUSAN/KAMARU BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri ini tidak banyak berubah apabila 317 mangsa berlindung di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan berkata, Pasir Mas dan Bachok merupakan dua daerah yang masih terjejas dengan banjir setakat ini.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Pasir Mas masih menempatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 321 orang daripada 79 keluarga.

“Sementara di Bachok PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor menempatkan seramai 58 mangsa diikuti Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat 28 orang mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, semua sungai-sungai utama di negeri ini berada di paras normal kecuali  Sungai Golok di Rantau Panjang di tahap amaran.

Sementara Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dan Sungai Semerak di Jambatan Melor berada pada paras berjaga-jaga.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya