17 mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Dalam Rhu Pasir Puteh

17 mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Dalam Rhu Pasir Puteh

ANGGOTA pasukan penyelamat bersiap sedia menggunakan bot untuk membawa keluar penduduk Kampung Tok Kundur, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.UTUSAN/TOREK SULONG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 17 mangsa banjir kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu, Pasir Puteh dekat sini selepas rumah mereka dinaiki air pagi tadi.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM setakat pukul 1 petang tadi, kesemua mangsa itu terdiri dari empat buah keluarga yang melibatkan lapan dewasa, seorang warga emas, tujuh kanak-kanak dan dua bayi lelaki.

Sementara itu semua sungai-sungai utama di negeri ini iaitu Galas, Lebir, Kelantan dan Golok masih berada pada paras normal walaupun hujan lebat.

Setakat ini semua jalan-jalan utama masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Bagaimanapun, jumlah itu dijangka akan bertambah memadangkan hujan masih lagi melanda di seluruh negeri ini-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya