Young Tigers tewas kali ketiga, terus kempunan kutip mata - Utusan Malaysia

Young Tigers tewas kali ketiga, terus kempunan kutip mata

PEMAIN Malaysia, Irfan Suhaimi dikawal dua pemain Pakistan dalam perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Skuad remaja kebangsaan terus dirundung malang apabila merekodkan kekalahan ketiga berturut-turut, tewas 2-3 kepada Pakistan dalam Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Pakistan mengutip tujuh mata, kekal di posisi kedua Kumpulan B dan akan bertemu pemenang Kumpulan A, Australia pada aksi separuh akhir, Jumaat ini.

Sementara itu, pasukan kendalian Muhamad Amin Rahim akan bertemu dengan pasukan yang menduduki tempat ketiga Kumpulan A, Great Britain, Khamis ini.

Dalam aksi pelengkap jadual bagi pasukan tuan rumah, The Young Tigers dilihat berjaya mengekang kemaraan pasukan pelawat daripada memperoleh gol awal.

Keadaan itu tidak bertahan lama setelah pasukan bimbingan Roelant Oltmans memecahkan kebuntuan menerusi gol padang yang dijaringkan oleh Abuzar pada minit ke-13.

Gol padang itu memberi suntikan semangat bagi Pakistan untuk memburu jaringan pada suku kedua dan berjaya melebarkan kedudukan hasil jaringan Arbaz Ahmad dan Muhammad Khan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-21 dan ke-24.

PEMAIN Malaysia kecewa apabila tewas kali ketiga dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Pakistan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.

Pada suku ketiga, The Young Tigers yang belum menyerah kalah dan beraksi lebih agresif bagi memburu gol menerusi beberapa percubaan terus dan pukulan sudut penalti, bagaimanapun tiada yang berjaya menembusi gawang Pakistan.

Benteng pertahanan Pakistan akhirnya bolos jua hasil jaringan Shahmie Irfan Suhaimi menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-47 dan Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini merapatkan kedudukan empat minit kemudian menerusi gol padang.

Kedua-dua pasukan saling silih berganti melancarkan serangan ke kubu lawan namun tiada pertambahan gol dicatatkan.

Dalam aksi Kumpulan B terdahulu, India membelasah New Zealand 6-2 akan membuat perhitungan menentang Jerman dalam satu lagi aksi separuh akhir, Jumaat ini.

Jerman sekadar di tempat kedua Kumpulan A apabila mengumpul tujuh mata setelah mencatatkan kemenangan tipis 4-3 ke atas Great Britain, dibezakan dengan jaringan gol walaupun mengutip sama mata dengan Australia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya