YGMB salur RM1.5 juta setahun bayaran manfaat kepada ahli - Utusan Malaysia

YGMB salur RM1.5 juta setahun bayaran manfaat kepada ahli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyalurkan kira-kira RM1.5 juta setahun di bawah pelbagai kategori manfaat skim keahliannya kepada guru-guru di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, ia membabitkan empat skim ditawarkan iaitu Skim 18, Skim 16, Skim Emas dan Skim Ahli Seumur Hidup.

“Menerusi skim-skim ini, ia dapat membantu guru-guru serta ahli keluarga mereka untuk meneruskan kehidupan apabila berlaku musibah yang tidak dijangka seperti kemalangan dan kematian disebabkan penyakit kronik.

“Manfaat disalurkan sehingga kini antara RM200 hingga RM100,000 melibatkan keseluruhan 30 gabungan perlindungan daripada empat skim ditawarkan,” katanya ketika ditemui pada Kolokium Amalan Terbaik Pengetua dan Guru Besar peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Wan Munadi berkata, yayasan itu akan terus berusaha menyediakan manfaat lebih baik dari semasa ke semasa demi kebajikan ahlinya.

Beliau berkata, keahlian YGMB begitu signifikan dalam keadaan trend penyakit kritikal seperti kanser, angin ahmar dan diabetes yang semakin meningkat pada masa ini.

Menurutnya, yayasan terbabit masih menerima keahlian daripada guru-guru yang sudah mempunyai penyakit kritikal atau tidak layak menyertai insurans lain.

“Kita faham ramai guru-guru yang dalam lingkungan usia 50 ke atas atau 45 tahun ke atas mungkin pada waktu muda mereka terlepas pandang untuk dapatkan apa-apa polisi insurans atau pun takaful.

“Dalam keadaan usia yang berumur di samping kalau ada penyakit memang mereka menghadapi kesukaran mendapatkan mana-mana polisi perlindungan lebih lebih lagi kalau sudah ada penyakit,” katanya.

Jadi beliau berkata, dengan menyertai skim perlindungan ditawarkan YGMB, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban guru apabila diuji dengan penyakit kritikal, kemalangan dan bencana.

“Apabila saya sendiri turun berjumpa guru menghadapi penyakit kritikal ini ia banyak mengubah kehidupan mereka, bagaimana dia hendak bekerja menguruskan walaupun mungkin mendapatkan rawatan di hospital kerajaan tetapi ada kos lain.

“Mana kita hendak cari dengan bayaran minimum RM28, RM35 tetapi manfaat diterima besar, saya kira banyak meringankan beban,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya