Yayasan Sultanah Rogayah ringankan beban kaum India - Utusan Malaysia

Yayasan Sultanah Rogayah ringankan beban kaum India

R. SUGUMARAN (tengah) bergambar bersama-sama para penerima sumbangan YSR di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Yayasan Sultanah Rogayah (YSR) menyampaikan sumbangan berjumlah RM79,645 kepada 13 penerima kaum India.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut diadakan di pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar, semalam.

Pengerusinya, Datuk R. Sugumaran berkata, sumbangan sedemikian disampaikan pihaknya dari semasa ke semasa bagi meringankan bebanan golongan yang memerlukan.

“Pada Ogos lalu, YSR  menyampaikan sumbangan lebih RM60,000 kepada 17 penerima melibatkan empat bidang.

“Seiring dengan hasrat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor yang sentiasa dekat di hati rakyat, YSR juga amat memahami permasalahan dihadapi rakyat, khususnya masyarakat India,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

YSR yang ditubuhkan hasil ilham Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terus prihatin membantu kaum India, khususnya dalam bidang kebajikan, pendidikan, keusahawanan dan persatuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya