Tukang kebun rugi RM331,478 terpedaya pelaburan di Tik Tok - Utusan Malaysia

Tukang kebun rugi RM331,478 terpedaya pelaburan di Tik Tok

YAHAYA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang tukang kebun terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud hingga mengalami kerugian berjumlah RM331,478.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa yang berusia 54 tahun itu terpedaya dengan iklan yang dikeluarkan menerusi aplikasi Tik Tok.

Menurutnya, mangsa terlebih dahulu berkenalan dengan seorang individu melalui laman Facebook dengan menggunakan nama JDK AFGH.

“Kejadian berlaku bermula Julai lalu apabila individu (suspek) berkenaan menawarkan satu pelaburan di Tik Tok dan memaklumkan hanya perlu mengeluarkan modal daripada jumlah barang dijual daripada Tik Tok Shop.

“Kemudiannya, mangsa turut diberikan satu aplikasi bagi mengetahui jumlah keuntungan pelaburan yang dilakukannya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, mangsa membuat sebanyak 25 transaksi kepada 17 akaun berbeza dalam tempoh dua bulan iaitu antara 14 Ogos hingga 3 Oktober lalu.

“Selepas pembayaran dilakukan mangsa menyatakan mahu mengeluarkan wang keuntungan yang diperolehi. Namun begitu mangsa diminta membuat pertambahan pembayaran RM130,000.

“Suspek mengenakan alasan pembayaran tersebut bagi bayaran cukai ke atas keuntungan tetapi mangsa tidak melakukan bayaran kerana merasa ditipu,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya