Tindakan hanya diambil sekiranya terima aduan - MBPG - Utusan Malaysia

Tindakan hanya diambil sekiranya terima aduan – MBPG

NOTIS arahan MBPG yang tular tentang penguatkuasaan terhadap kenderaan diletakkan di hadapan rumah atau luar pagar kediaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan yang diletakkan di luar pagar rumah hanya dilaksanakan sekiranya terdapat aduan diterima pihaknya.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu dibuat kerana setiap aduan diterima pihaknya perlu diberi maklum balas dan diambil tindakan sewajarnya.

“Untuk makluman, rekod bagi aduan kacau ganggu kenderaan (kenderaan menghalang, kenderaan terbiar atau buruk, kenderaan yang diletakkan di simpang jalan atau laluan utama dan lain-lain) yang diterima pihak MBPG pada tahun lalu adalah sebanyak 242 aduan.

“Pada tahun ini sehingga September lalu pula sebanyak 349 aduan berkaitan kacau ganggu kenderaan.

“Pihak MBPG hanya akan mengambil tindakan sekiranya menerima aduan berkaitan. Antaranya, seperti meletak kenderaan di luar pagar yang menyebabkan halangan dan kacau ganggu di kawasan atau tempat awam,” jelasnya.

Semalam, tular satu notis pemberitahuan MBPG yang menyatakan larangan meletakkan kenderaan di hadapan rumah, iaitu di luar pagar yang boleh menyebabkan halangan di tempat awam.

Notis terbabit mendapat pelbagai reaksi penduduk Pasir Gudang dengan ada segelintir pihak menyokong dan ada juga sebaliknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya