Tiga warga asing antara 16 ditahan leka laga ayam - Utusan Malaysia

Tiga warga asing antara 16 ditahan leka laga ayam

ANTARA ayam jantan yang dirampas dalam serbuan judi laga ayam di kawasan Felda Tunggal, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tiga warganegara asing antara 16 individu ditahan dalam satu serbuan ketika leka berjudi laga ayam di kawasan Felda Tunggal, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Deputi Superintenden Nik Azaham Nik Aziz berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada pukul 12 tengah hari.

Katanya kesemua suspek yang ditahan berumur antara 25 hingga 60 tahun dan dua daripadanya didapati positif dadah. 

“Dalam operasi itu pihak polis turut merampas lapan ekor ayam jantan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan judi laga ayam, gelanggang, peralatan laga ayam serta wang tunai berjumlah RM5,473.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas kesemua tangkapan juga mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis methapethamin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 32(1)(a) dan 32(2) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, Peraturan 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya