'Tidak laku jika saya jual nama Adnan ketika kempen' - Haslihelmy - Utusan Malaysia

‘Tidak laku jika saya jual nama Adnan ketika kempen’ – Haslihelmy

HASLIHELMY DM Zulhasli (kiri) ketika ditemui di Chemomoi, Pelangai di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Haslihelmy DM Zulhasli menegaskan tidak laku jika beliau menjual nama bekas Menteri Besar, Tan Sri Adnan Yaakob dalam kempen pilihan raya tersebut.

Menurutnya, sepanjang tempoh 11 hari berkempen, beliau tidak pernah menjual nama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai selama 36 tahun terbabit.

“Saya berkempen sehingga hari ini tidak ada jual mana-mana nama sekali pun bahkan beliau (Adnan).

“Jadi saya rasa ada pihak di sebelah sana cuba wujudkan persepsi dan naratif tidak baik kepada saya dengan beliau, saya mohon pihak luar sana hentikan,” ujarnya di sini semalam.

Semalam, Adnan menasihatkan calon Bebas PRK Pelangai agar tidak menggunakan namanya untuk memancing undi sepanjang kempen pilihan raya terbabit.

Bekas Menteri Pahang itu dilaporkan sebagai berkata, beliau tidak mengenali secara rapat dengan calon Bebas terbabit, sebaliknya hanya mengetahui hubungan bapa dan datuk calon sekadar kawan.

Sebaliknya Adnan dilaporkan berkata, beliau tidak mempunyai masalah jika calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam ingin menggunakan namanya untuk berkempen sekiranya beliau masih laku di kawasan ini.

Dalam pada itu, Haslihelmy mendakwa terdapat pihak yang cuba membeli ‘ayahnya’ untuk mengalihkan undi kepada sebuah parti politik.

Beliau mendakwa, bapanya ditawarkan sejumlah wang melebihi RM20,000 bagi mengeluarkan kenyataan menyatakan kekesalan dan tidak menyokongnya bertanding sebagai calon Bebas.

“Hari ayah saya bagitahu ada individu meminta ayah saya memberikan sokongan kepada mereka ada tawaran tertentu tetapi ayah saya menyatakan tetap bersama dengan saya hingga akhir hayat.

“Saya bersyukur kerana ayah saya tidak terpengaruh dengan tawaran berkenaan yang sudah tentu akan memberikan kesan kepada saya,” katanya.

Menurut Haslihelmy, dia meneruskan kempen dengan bantuan saudara maranya tanpa bantuan atau tajaan mana-mana pihak.

Katanya, tanpa sebarang poster atau risalah kerana kekurangan dana dia meneruskan kempen dari rumah ke rumah bertemu pengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya