Tiada penyeliaan punca ada sarjan polis miliki Alphard, Vellfire - Shuhaily - Utusan Malaysia

Tiada penyeliaan punca ada sarjan polis miliki Alphard, Vellfire – Shuhaily

Mohd. Shuhaily Mohd. Zain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman memberi amaran terhadap semua ketua-ketua  jabatan siasatan  denayah di setiap daerah  di seluruh negara berhenti bersekongkol dengan sindiket jenayah atau mereka akan ditukarkan selain tidak disokong untuk dinaikkan pangkat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain  berkata,  terdapat banyak kepincangan membabitkan jabatan siasatan jenayan sehinggakan ada sarjan boleh memiliki kenderaan Alphard, Vellfire dan  Mercedes.

Menurut beliau, walaupun perkara itu berlaku namun pegawai atasan kepada sarjan itu tidak kisah kerana `bos’ turut melakukan perbuatan sama.

“Sebab itu ada antara pegawai dan anggota di bawah penyeliaan anda buat benda merapu-rapu, sebab apa, sebab bosnya sendiri tak ambil port (tak ambil peduli). Bukan setakat tak ambil tahu malah bos pun sama.

“Pergi beli kereta mewah berdua, kau ambil nombor ini, aku ambil nombor ini. Pergi dengan sarjan. Ada tak berlaku? Senyap. Sebab ini memang berlaku dalam pasukan,” kata beliau dalam Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, semalam.

JENAYAH

Majlis  tersebut dihadiri  Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kontinjen dan Ketua-Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) seluruh negara.

Oleh itu, kata beliau, perbuatan mengkhianati pasukan dan negara itu harus diberhentikan kerana jika berterusan  akan wujud situasi pegawai polis yang sanggup membunuh antara satu sama lain disebabkan wang yang tidak seberapa.

“Perkara ini juga  berlaku disebabkan tiada penyeliaan di bawah (peringkat kontinjen dan daerah) untuk memantau dan melihat cara hidup pegawai dan anggota bawahan mereka,” katanya.

Klip video majlis itu yang dimuat naik di Facebook rasmi PDRM yang menunjukkan Shuhaily berkata, penyeliaan pegawai atau penyelia atasan adalah sebahagian daripada arahan penugasan PDRM.

Susulan amaran  tersebut amaran  Shuhaily tular di media sosial.

Oleh itu, kata Shuhaily, beliau mahu semua pegawainya berubah atau berdepan tindakan `diubah’ selain tidak akan memberi sokongan kenaikan pangkat.’

“Ini sebab mereka tidak layak diberi tanggungjawab menyelia orang lain dengan pangkat lebih tinggi sedangkan dengan pangkat sedia ada pun anda gagal,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN