PETALING JAYA: Kegagalan sebelah tayar pesawat Beechcraft B 200T untuk berfungsi semasa hendak mendarat menyebabkan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, semalam. TUDM dalam kenyataan berkata, pesawat No 16 Skuadron membawa empat anak kapal sedang melakukan latihan penerbangan selepas berlepas dari Pangkalan Udara Subang pukul 11.27 pagi. “Semua anak kapal yang terlibat selamat dan tidak mengalami…










