Sultan Ibrahim kurnia 10,000 paket beras - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim kurnia 10,000 paket beras

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR (tengah) bergambar dengan wakil penerima sumbangan beras YSIJ di Istana Polo, Pasir Pelangi, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang terkenal dengan kemurahan hati baginda berkenan mengurniakan bantuan beras menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bagi meringankan bebanan golongan yang memerlukan ekoran kenaikan harga makanan ruji itu.

Majlis pengurniaan sumbangan beras YSIJ itu berlangsung di Istana Polo, Pasir Pelangi, di sini hari ini.

Sultan Ibrahim mengakui sentiasa mengikuti perkembangan semasa serta amat sedih apabila membaca keluh-kesah dibangkitkan rakyat susulan kenaikan harga beras.

“Saya mendengar dan memahami keresahan dirasai seluruh Bangsa Johor mengenai kekurangan dan kenaikan harga barangan asas seperti beras dan lain-lain lagi,” titah baginda dalam hantaran kepada Royal Press Office (RPO).

Baginda bertitah, YSIJ akan menyampaikan 10,000 paket beras seberat 10 kilogram secara percuma kepada golongan memerlukan yang dikenal pasti penerimanya di seluruh negeri ini termasuk Polis Kontinjen Johor dan Markas 7 Briged. 

Seramai 580 paket beras akan diagih-agihkan di Johor Bahru,  Muar (340), Batu Pahat (432), Segamat (305); Kluang (71); Pontian (264)  Kota Tinggi (477), Mersing (149), Tangkak (141) dan Kulai (251). 

Polis Kontinjen Johor menerima 3,990 paket beras, manakala Markas 7 Briged sebanyak 3,000 paket melibatkan kategori lain-lain pangkat.

Yang turut hadir pada majlis tersebut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani; Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh dan Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Mohd. Anizam Jamian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya