Liga Super

Strategi Penang FC makan diri – Yee Faat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Peneng FC Chong Yee Fatt mendedahkan percaturan yang digunakan semasa berdepan Kelantan United FC ‘memakan’ diri selepas kalah tipis 0-1 ditangan Kelantan United FC pada Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Yee Fatt berkata, bermula dengan tempo perlahan serta berhati-hati merupakan strategi pasukannya sejak awal dengan harapan dapat membuat kejutan seterusnya memperoleh keputusan lebih baik.

Menurutnya, Harimu Kumbang tidak pernah memandang mudah keupayaan Sang Kijang Hijau walaupun pasukan itu berada kelompok bawahan carta Liga Super dan berharap agar tuan rumah itu akan masuk ‘jerat’ dengan bermain seperti mereka

“Turun selaku pelawat kita perlu lebih berhati-hati berdepan Kelantan United dan sebenarnya kita sudah bermain dengan baik malam ini (malam tadi). Jika ikut statistik, penguasaan bola, percubaan dan sebagainya semua memihak kepada kita.

“Namun di penghujungnya hanya satu perkara diambil kita, iaitu jangan bolos. Itu yang berlaku kepada kami. Bukan kali ini sahaja tetapi pada perlawanan-perlawanan sebelum ini pun ceritanya hampir sama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan, di sini malam tadi.

Yee Fatt bagaimanapun enggan menyalahkan mana-mana pemain susulan jaringan tunggal yang memuktamadkan kemenangan Kelantan United malam tadi dan menganggap ia sebagai kesilapan sepasukan.

Katanya, pasukannya memberikan terlalu banyak masa kepada Jose Elmer Porteria untuk berlegar-legar di luar kawasan pertahan Penang yang sekali gus membuka ruang serta peluang rakan sepasukannya menjaringkan gol.

“Dia (Jose Elmer) ada terlalu banyak masa untuk berpusing-pusing dan atur strategi untuk memberi ruang cukup selesa bagi rakan sepasukannya menjaringkan gol tunggal perlawanan.

“Tahniah dan pujian kepada penjaring gol berkenaan (Dominik Balic) kerana ia sememangnya satu rembatan baik dan satu jaringan yang cukup cantik,” ujarnya.

Pada perlawanan itu, Dominik Balic menjadi wira Sang Kijang Hijau apabila jaringan di minit ke-67 memberikan kemenangan ketiga kepada Kelantan United FC dalam kancah Liga Super musim ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya