'Sorok beras kamu jaga, kami cari bawa ke mahkamah' - PM - Utusan Malaysia

‘Sorok beras kamu jaga, kami cari bawa ke mahkamah’ – PM

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani PRK N.36 DUN Pelangai di Simpang Pelangai di Bentong, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan badan penguatkuasaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengambil kesempatan menyorok beras.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak teragak-agak untuk mengheret pihak terlibat ke muka pengadilan di saat rakyat kini berhadapan kesusahan mencari beras untuk keperluan hidup.

“Saya beritahu Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) arahan jelas kepada badan penguat kuasa kalau ada berani buat perangai buruk dalam orang susah cari beras, sorok, kamu jaga, kami cari kamu dan saman dan bawa ke mahkamah.

“Tengah orang susah, ketika itu kamu hendak cari untung,” katanya dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani PRK N.36 DUN Pelangai di Simpang Pelangai di sini hari ini.

Terdahulu, ketika berucap dalam Majlis Perasmian Karnival Segalanya Felda, Anwar berkata kerajaan menyalurkan subsidi hampir RM400 juta agar semua premis kerajaan termasuk hospital menggunakan beras import sebagai langkah meningkatkan bekalan beras tempatan di pasaran.

Perdana Menteri berkata, menerusi langkah tersebut semua premis kerajaan seperti kem tentera, hospital dan polis menggunakan beras import berbanding sebelum ini beras tempatan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, keputusan itu akan membolehkan bekalan beras tempatan diselamatkan apabila premis kerajaan mengunakan beras import.

Beliau berkata, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Fama dikerahkan untuk membantu pengedaran beras serta-merta jika berlaku kelembapan penghantaran kerana simpanan stok mencukupi.

“Makanya kita cuba. Adakah kita yakin selesai 100 peratus? Tidak, kerana masalah berat. Jadi saya kata bagi masa seminggu untuk tengok keadaan.

“Kalau tidak selesai lagi, kita bincang tindakan sebelum Bajet pada 13 haribulan,” katanya.

Anwar berkata, masalah dan kenaikan harga beras juga berlaku di beberapa negara disebabkan ekoran keputusan 18 negara menghadkan eksport beras. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya