Seniman angkat budaya warisan budaya Langkasuka

Seniman angkat budaya warisan budaya Langkasuka

AZHAR Ibrahim (kiri) bersama Amerrudin Ahmad melihat pameran sempena Pameran After Monsoon 02: Gastronomi Langkasuka di Dewan Komuniti Tumpat, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT : Seramai 13 seniman dari Malaysia dan Thailad berhimpun bagi mengangkat warisan budaya dan sejarah orang Melayu Langkasuka sempena Pameran After Monsoon 02: Gastronomi Langkasuka di sini hari ini.

Pengarah program, Azhar Ibrahim berkata, pameran menghimpunan seniman dari Pattani, Thailand itu dan negara ini merangkumi seni, bekwoh (kenduri) Langkasuka, lumba perahu serta persembahan kebudayaan.

Menurutnya, lebih menarik pameran itu turut menjadi sebahagian daripada karyanya selepas membuat kajian Gastronomi selama 20 tahun.

“Biasanya orang ramai melihat hasil seni yang hanya mengabungkan lukisan visual dan skulptur tetapi kali ini sebaliknya.

“Kita mahu memperkenal dan mengangkat kehebatan kerajaan Melayu tua melalui makanan dan budaya bukan sahaja dihasilkan melalui lukisan tetapi ia boleh dimakan, dirasa dan disentuh melalui bekwah Langkasuka itu,” katanya sempena Pameran After Monsoon 02: Gastronomi Langkasuka anjuran Varna Art Gallery dan Fiqir Event yang diadakan di dewan Komuniti Tumpat hari ini.

Perasmian disempurnakan oleh Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad.

Azhar memberitahu, program ini turut mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan agensi Balai Seni Negara

Sementara itu Amerrudin berkata, gabungan seniman Malaysia dan Thailand mampu mengangkat warisan budaya tempatan sekaligus mengimbau kehidupan masyarakat di zaman Langkasuka.

“Mereka menjadi ejen untuk ketengahkan budaya masyarakat kita supaya mudah difahami apabila diolah dalam bentuk visual,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya