'Saya sangat kecewa, sungai dipenuhi sampah, busuk' - Utusan Malaysia

‘Saya sangat kecewa, sungai dipenuhi sampah, busuk’

ONN HAFIZ GHAZI (kiri) salah sebatang sungai yang dikategorikan sebagai tercemar di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  “Saya sangat kecewa apabila melihat keadaan sungai yang dipenuhi longgokan sampah-sarap, sisa buangan dan bau busuk akibat pencemaran bahan kimia.”

Demikian luah Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi apabila turun padang untuk melihat keadaan beberapa sungai yang tercemar di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri telah mengenal pasti sebanyak 14 barang sungai yang dikategorikan sebagai paling tercemar di negeri ini.

Antaranya, Sungai Kempas, Sungai Buluh, Sungai Tampoi, Sungai Pandan dan Sungai Skudai.

Justeru, beliau telah meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa berttindak.

“Jawatankuasa bertindak ini bertujuan mencari kaedah penyelesaian terbaik dalam menangani isu sungai tercemar di Johor dengan segera.

“Saya juga menyeru rakyat Johor untuk jalankan tanggungjawab sosial masing-masing dan bekerjasama dengan kita dalam menjaga kebersihan dan kesihatan sejagat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurutnya, kerjasama erat melibatkan pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan akan dapat menjayakan hasrat membersihkan sungai-sungai yang tercemar di negeri ini.

Onn Hafiz turut berharap perkara itu dapat direalisasikan menerusi Agenda Johor Bersih menjelang tahun 2030. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya