Remaja 17 tahun ditahan bersama sepucuk pistol dan pelbagai jenis dadah

Remaja 17 tahun ditahan bersama sepucuk pistol dan pelbagai jenis dadah

DADAH dan pistol yang dirampas oleh PGA serta Polis dalam serbuan di Pasir Mas, Kelantan.-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan  menahan seorang remaja berusia 17 tahun dan kemudian merampas merampas sepucuk pistol dalam serbuan di Jalan JKR Pasir Mas, dekat sini semalam.

Terdahulu, remaja berkenaan ditahan bersama  seorang lagi lelaki berusia 28 tahun  ketika menaiki kereta jenis Toyota Vios semasa melalui  sekat pintas di Kampung Simpangan, Tumpat pada pukul 2 pagi.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan yang dijalankan ke atas kereta itu membawa kepada penemuan cecair kodien sebanyak satu liter.

Menurutnya, sambil dipandu arah oleh kedua-dua suspek anggota PGA telah melakukan serbuan ke atas sebuah rumah yang beralamat di Jalan JKR Pasir Mas dekat sini.

“Pemeriksaan lanjut ke atas rumah itu kemudiannya membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenis Revolver Smith & Wesson bersama tujuh butir peluru dan lima kelongsong peluru.

“Sebanyak 147 biji pil yaba, ecstacy (2 biji), ganja (14 gram) dan pil epam (1,100 biji) turut ditemukan semasa pemeriksaan dijalankan. Nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM5,101,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, hasil semakan yang dilakukan mendapati salah seorang suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau. 

Katanya, saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Bertitik tolak daripada serbuan itu, polis telah melakukan serbuan di Kampung Padang Tola, Pasir Mas pada pukul 5.30 pagi dan telah menahan seorang lelaki berusia 50 tahun.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita telah merampas 30 biji pil yaba dan herion (4.95 gram). Hasil ujian saringan awal keatas suspek mendapati dia negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” ujarnya.

Muhamad Zaki berkata, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 14 Oktober untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya