Rakyat Malaysia baca buku kurang tiga jam seminggu

Rakyat Malaysia baca buku kurang tiga jam seminggu

ANWAR Ridhuan (tengah) semasa sidang media selepas Karnival Kelantan Membaca Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus BachokKelantan, hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendedahkan rakyat negara ini membaca buku kurang tiga jam sepanjang tempoh seminggu berpandukan kepada statistik yang dikelurkan pada tahun 2022 lalu.

Pengerusi Lembaga Pengelolanya, Datuk Dr. Anwar Ridhwan berkata, bagaimanapun rekod pada tahun 2014 lalu menunjukan purata rakyat di negara ini hanya membaca 15 judul buku setahun.

“Namun begitu, pada pandangan saya kajian ini tidak termasuk teks digital menerusi laman sesawang atau e-buku yang menggunakan telefon pintar.

“Untuk itu, kita (DBP) bersama agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah mengambil inisiatif yang proaktif merancang pelbagai inisiatif dalam usaha meningkatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas Karnival Kelantan Membaca Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, di sini petang ini.

Anwar memberitahu, golongan seawal usia 15 tahun dan ke atas perlu menjadi kumpulan sasaran dalam menggerakan kempen sekali gus meningkatkan lagi budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Katanya, DBP berharap usaha itu menjadi pemangkin dalam memperkasakan budaya membaca membabitkan generasi baharu.

Dalam perkembanga, lain, Anwar berkata, DBP sudah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan penggunaan ejaan dan bahasa mengikut pematuhan yang telah ditetapkan-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN