Rakyat Johor yakini kepemimpinan Sultan Ibrahim terajui negara

Rakyat Johor yakini kepemimpinan Sultan Ibrahim terajui negara

Sultan Ibrahim
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. – BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung Johor) yakin Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan menggalas tanggungjawab memayungi negara dengan adil dan bijaksana.

Ketua Penerangan Gabung Johor, Abdullah Md. Yusof berkata, amanah dan tanggungjawab besar itu akan dilaksanakan dengan baik seperti mana ketika baginda memerintah Johor.

“Gabung Johor amat berbesar hati apabila Tuanku dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

“Kami akan sentiasa berada di belakang Sultan Ibrahim walau apa jua keadaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Gabung Johor dianggotai 45 NGO lain yang berdaftar di seluruh negeri ini.

Sementara itu, Presiden Permata Baiduri Malaysia, Faridah Hamzah berkata, pemilihan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong memang dinanti-nantikan kerana kepe­ribadian Tuanku yang mesra rakyat dan sentiasa ambil berat berkenaan isu rakyat.

“Rakan-rakan NGO di negeri lain sering menyatakan Johor mempunyai keunikan tersendiri dan ada cara Johor yang tersendiri, malah saya yakin pelbagai pembaharuan akan dilakukan tuanku apabila baginda dipilih sebagai sebagai Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya.

Pendapat sama turut dikongsikan Pengerusi Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti dan Swasta, Datuk Yahya Jaafar.

“Seperti mana Johor maju di bawah payung Sultan Ibrahim, begitu juga Malaysia akan terus maju di bawah payung tuanku. Ekonomi negara juga akan bertambah baik kerana baginda cakna dengan perbelanjaan kewangan negeri ketika di Johor, baginda akan pastikan per­belanjaan negara dibuat secara berhemah,’’ katanya.

Dalam pada itu, Samain Sa­rian, 59, dari Pontian berkata, Sultan Ibrahim tegas dalam semua perkara tetapi mudah didekati rakyat.

“Sebagai rakyat Johor saya bangga dan gembira dengan pelantikan Sultan Johor dan terus menjadi payung kepada masyarakat majmuk di negara ini,” katanya.

Pengerusi Kelab Belia Setia Kawan Johor, Mohd. Nazir Abd. Kamal, 35, berkata, baginda merupakan raja yang berjiwa rakyat dan sentiasa mengambil berat apa juga isu-isu khusus­nya melibatkan kepentingan rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya