Pupuk tenaga kerja berdaya tahan tumpuan IPEF 2023 - Utusan Malaysia

Pupuk tenaga kerja berdaya tahan tumpuan IPEF 2023

perkeso
Belanjawan 2024: 6 inisiatif pemangkin pertumbuhan pekerjaan baharu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cabaran memupuk tenaga kerja berdaya tahan serta strategi menanganinya antara tumpuan dijangka dibincangkan dalam Forum Tenaga Kerja Awam Antarabangsa (IPEF 2023) selama tiga hari bermula Rabu depan.

Persidangan itu mengumpulkan tokoh-tokoh yang komited untuk memajukan pekerjaan awam serta pembangunan tenaga kerja sama ada dari dalam mahu pun luar negara.

Ia melibatkan peserta dari negara seperti Belgium, Korea, Norway, Indonesia, India, Türkiye, dan Jerman, selain Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA), agensi kerajaan, organisasi antarabangsa, institusi penyelidikan serta pihak berkepentingan dalam sektor swasta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, ketahanan tenaga kerja penting dalam dunia pascapandemik, maka IPEF 2023 akan melihat hubung kait antara daya tahan, kejayaan perniagaan dan inovasi.

Menurut beliau, semua itu akan melalui perbincangan yang diketuai pakar, kajian kes dan sesi interaktif dengan mengambil kira kaedah kerja yang bersesuaian dengan organisasi dalam norma kerja baharu.

“Sememangnya cabaran utama bagi organisasi dalam memupuk tenaga kerja yang berdaya tahan ialah jurang kemahiran dan perubahan teknologi yang pantas.

“Selain itu, pergantungan kepada pekerja asing dan kebolehan bagi menyesuaikan diri dengan pekerjaan jarak jauh juga antara faktor di mana melalui forum ini akan membincangkan cabaran dan mencadangkan strategi untuk menanganinya.

“(Oleh itu), kerjasama antarabangsa dan pertukaran maklumat dapat membantu organisasi di seluruh dunia dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya tahan.

“Melalui perkongsian amalan terbaik, kaedah latihan inovatif dan dasar yang telah terbukti berkesan dalam konteks yang berbeza, ini selaras dengan pendekatan Malaysia MADANI,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya