PRK Pelangai: Tiga beradik teruja mengundi bersama - Utusan Malaysia

PRK Pelangai: Tiga beradik teruja mengundi bersama

FARINI NADIRA (dari kanan), Farini Nabila dan Farini Ellisa Najwa berbangga menunjukkan jari mereka yang dicelup dakwat selepas mengundi pada PRK DUN Pelangai di SMK (LKTP) Felda Chemomoi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Tiga beradik, Farini Nadira Abd. Manaf, 28, Farini Nabila, 24, dan Farini Ellisa Najwa, 20, teruja dapat keluar mengundi bersama pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Mereka tiba pada pukul 8 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (LKTP) Felda Chemomoi bagi melunaskan tanggungjawab sebagai pengundi di saluran lima.

Farini Nadira memberitahu, dia pertama kali keluar mengundi kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab itu sebelum ini.

“Banyak halangan sebelum ini, tapi hari ni, saya teruja nak keluar mengundi. Pertama kali rasa pengalaman mengundi dan kebetulan, saya datang bersama dua adik saya.

“Kami tiba awal, ingatkan tak ramai orang. Rupanya kena beratur panjang juga di saluran lima. Tapi seronok sebab ini pengalaman berharga,” ujarnya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Farini Nabila yang merupakan anak ke empat dari lima beradik turut melahirkan keterujaan mengundi buat pertama kali.

“Saya sama macam kakak, teruja nak mengundi. Sebelum ni, tengok je orang tunjuk jari (yang dicelup dakwat). Kali ni, saya boleh berbangga sebab saya juga sudah jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Berbeza bagi Farini Ellisa Najwa, PRK Pelangai merupakan kali kedua dia mengundi selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Ini kali kedua mengundi, tapi tetap semangat dan rasa teruja. Walaupun terpaksa beratur panjang, saya tak kisah.

“Selepas ini, dua abang saya pula akan datang bawa mak dan ayah. Cuma kena tunggu di sini reda dahulu supaya mak dan ayah tidak perlu menunggu lama,” kata anak bongsu dari lima beradik itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya