PRK Pelangai: SPR jangka peratusan keluar undi mampu capai 70 peratus - Utusan Malaysia

PRK Pelangai: SPR jangka peratusan keluar undi mampu capai 70 peratus

ABDUL GHANI Salleh (tengah) meninjau proses pengundian PRK DUN Pelangai di SMK (LKTP) Felda Chemomoi, Pelangai di Bentong, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di sini hari ini mampu mencapai sasaran 70 peratus.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, setakat pukul 10 pagi ini, peratusan keluar mengundi PRK Pelangai adalah 21 peratus dan ia perkembangan yang baik.

Jadi katanya, berdasarkan perkembangan itu, insya-Allah sasaran 70 peratus peratusan keluar mengundi pada PRK DUN Pelangai kali ini mampu dicapai.

“Setakat pagi ini, saya dan rombongan sudah meninjau dua sekolah yang pertama adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kemasul dan kedua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (LKTP) Felda Chemomoi.

“Dari segi pengundi, saluran anak muda begitu memberangsangkan. Kita lihat pengundi datang awal dan beratur panjang.

“Kalau yang sudah, orang muda ini lewat sikit (mengundi), di sini saya lihat ada satu semangat perubahan, yang mana kita lihat anak-anak saluran empat dan lima begitu semangat mengundi,” katanya ketika ditemui pemberita di SMK (LKTP) Felda Chemomoi di sini hari ini.

Abdul Ghani dalam pada itu menyeru pengundi di Pelangai yang belum keluar mengundi supaya segera berbuat demikian demi menunaikan tanggungjawab kepada negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya