PRK Pelangai: Regu Mahathir-Muhyiddin tarik undi saat-saat akhir - Utusan Malaysia

PRK Pelangai: Regu Mahathir-Muhyiddin tarik undi saat-saat akhir

MAHATHIR Mohamad ketika berucap pada ceramah pentas akhir Perikatan Nasional (PN) sempena PRK DUN Pelangai di Dataran Purnama, Pelangai di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tampil sepentas dalam ceramah pentas akhir Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai malam ini.

Kempen pecutan akhir parti gabungan itu juga menampilkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau

Program ini berlangsung dalam beberapa jam sebelum tamatnya tempoh kempen PRK DUN Pelangai pada pukul 12 tengah malam ini.

PRK DUN Pelangai perlu diadakan setelah kerusi itu diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

PN menampilkan semula bekas guru, Kasim Samat yang juga calon gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Manakala BN meletakkan anak tempatan, Datuk Amizar Abu Adam dan seorang lagi calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli juga bertanding merebut kerusi tradisi UMNO itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya