BENTONG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratus pengundi keluar mengundi bagi undi biasa sehingga pukul 4 petang ini adalah 69 peratus untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Ia sekali gus menghampiri sasaran 70 peratus pengundi disasarkan SPR pada PRK DUN Pelangai dengan masa pengundian berbaki dua jam sebelum ditutup pukul 6 petang. – UTUSAN