Polis buru suspek serang dua mangsa termasuk warga emas - Utusan Malaysia

Polis buru suspek serang dua mangsa termasuk warga emas

WAN MOHD. ZAHARI WAN BUSU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis sedang menjejaki seorang suspek yang dipercayai melarikan diri setelah mencederakan dua mangsa menggunakan parang termasuk seorang warga emas di Kampung Permatang Badak di sini lewat petang semalam.

Dua mangsa yang cedera dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 petang itu adalah, Radzmah Awang, 71, dan Ibrahim Shamsuddin, 36.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, polis menerima laporan dari seorang pengadu yang mendakwa ibu mertua dan adik iparnya cedera akibat ditetak suspek yang merupakan bekas pekerjanya.

“Hasil siasatan berdasarkan laporan awal telah dimaklumkan terdapat dua mangsa yang merupakan seorang lelaki dan perempuan diserang dan ditetak suspek hingga mengalami kecederaan parah di tangan, badan dan kepala menggunakan parang panjang sebagai senjatanya.

“Kemudiannya suspek melarikan diri dengan menaiki Motosikal jenis Honda Dash 125. Pihak polis sudah mengenal pasti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan menggunakan senjata,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Mohd. Zahari berkata, ekoran kejadian tersebut, Radzmah cedera di pergelangan tangan kirinya yang dipercayai hampir putus dan di bahagian kepala.

“Dalam pada itu, Ibrahim mengalami kecederaan di bahagian dahi, kepala, belakang badan dan tangan kiri akibat serangan tersebut,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan awal terhadap suspek mendapati terdapat beberapa rekod jenayah lampau sehingga setakat tiga tahun lalu.

“Suspek didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan kes di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut mendatangkan kecederaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah.

“Terdapat juga rekod-rekod lain termasuk kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya