PGA tembak tayar sebelum tahan trak pikap bawa PATI

PGA tembak tayar sebelum tahan trak pikap bawa PATI

TRAK pikup yang bawa PATI berjaya di tahan PGA di Palekbang, Tumpat, Kelantan semalam-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah kenderaan pikap yang menyeludup tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) sebelum menahannya di kawasan padang sebuah sekolah di Palekbang di sini semalam.

Kejadian pukul 6.58 petang itu, PGA turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang bertindak sebagai transporter membawa PATI tersebut.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bertindak atas maklumat penyeludupan migran sepasukan anggota dan pegawai PGA yang membuat rondaan berhampiran Klinik Kesihatan Tumpat telah terserempak dengan trak pikap yang dipandu dalam keadaan mencurigakan,

Menurutnya, anggota PGA terus mengekori trak pikap dan mengarahkan pemandu untuk berhenti namun pemandu kenderaan itu bertindak memecut kenderaan ke arah
Palekbang.

“Setiba di persimpangan lampu isyarat Palekbang anggota bertugas terus menghampiri trak pikup itu. Bagaimanapun, suspek bertindak melarikan diri dengan
membuat pusingan U dan tidak berjaya.

“Semasa suspek mengundurkan trak pikap itu, anggota PGA bertindak melompat ke bahagian ruang kenderaan itu untuk menyelamatkan diri daripada dilanggar. Pada masa sama, suspek telah melanggar kenderaan milik PGA,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, suspek kemudian terus memecut laju dan memandu secara berbahaya ke arah jalan Morak, Tumpat.

Katanya, anggota bertugas yang berada di atas trak pikup itu kemudian bertindak melepaskan dua das tembakan di bahagian tayar belakang sebelah kanan menyebabkan ia pecah.

“Suspek sebaliknya terus memecut laju sebelum berhenti di kawasan padang sebuah sekolah di Palekbang sebelum berhenti. Hasil pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada penemuan tujuh PATI warganegara India dan Myanmar.

“Pemeriksaan lanjut ke atas pikap itu turut menjumpai satu plastik lutsinar berupa sebutir pil dipercayai dadah. Hasil semakan mendapati, suspek mempunyai dua rekod lampau berkait narkotik dan pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012,” ujarnya.

Muhamad Zaki berkata, kesemua PATI ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya