Petronas terima pengiktirafan MBOR labuh 105 buah tukun tiruan bersama dua buah kapal

Petronas terima pengiktirafan MBOR labuh 105 buah tukun tiruan bersama dua buah kapal

NORZAM Mustapa (tiga kiri) membunyikan hon sebagai simbolik merasmikan program Penenggelaman Vesel Nelayan Asing Lucut Hak Bersama Tukun Konkrit Tiruan di Perairan Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Petronas menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) hari sini selepas melabuhkan 105 buah tukun tiruan bersama dua buah bot nelayan asing Vietnam di perairan Kelantan buat julung kalinya dalam sejarah negara.

Usaha itu mendapat sokongan penuh daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menerusi dua buah bot nelayan asing Vietnam yang  dilucut hak oleh mahkamah untuk dijadikan sebagai tukun.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Kelantan Mohd. Norzam Mustapa berkata, keadah itu mengikut peraturan sebagaimana yang ditentukan oleh Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT).

“Untuk makluman, hari ini kawasan yang ditetapkan adalah sejauh 5.3 batu nautika dari persisiran pantai Kuala Besar dan sudah mempunyai banyak sumber khazanah marin.

“Bersesuaian dengan penilaian ISMAT, penenggelaman bot dan tukun tiruan hendaklah dibuat di kawasan yang sudah mempunyai sumber hidupan marin untuk tujuan pembiakan serta menjana dan mengaktifkan semula biodiversiti,” katanya kepada pemberita selepas Program Penenggelaman Vesel Nelayan Asing Lucut Hak Bersama Tukun Konkrit Tiruan di Perairan Kuala Besar, di sini, hari ini.

 

VESEL nelayan asing yang ditenggelamkan untuk dijadikan sebagai tukun di Perairan Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan, Tuan Mohd. Saripuddin Tuan Ismail dan Pengurus Besar Kanan Aset Semenanjung Malaysia Petronas Cari Gali Sdn Bhd (PCSB) Hafiz Azzad Zubir.

Norzam memberitahu, terdapat tiga buah lagi bot nelayan asing yang akan ditenggelamkan di perairan Tok Bali, Pasir Puteh pada tahun ini.

Katanya, sejak 2019 lalu hingga kini sebanyak 90 buah bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak oleh mahkamah dan dijadikan sebagai tukun tiruan  di perairan negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Norzam memberitahu, trend pencerobohan perairan dan kecurian hasil laut negara berjaya dikekang dan tidak berlaku peningkatan hasil kerjasama semua agensi maritim negara.

“Kita perlu terus berhati-hati dan aset serta kakitangan perlu ditambah dalam usaha memastikan perairan negara bebas dari pencerobohan nelayan asing,” katanya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya