Pesawat TUDM buat latihan mendarat cemas - Utusan Malaysia

Pesawat TUDM buat latihan mendarat cemas

Pesawat Beechcraft B 200T milik TUDM yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, tengah hari tadi. - Ihsan TUDM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah pesawat jenis Beechcraft B 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, tengah hari tadi.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pesawat rondaan maritim terbabit melakukan pendaratan cemas pada pukul 1 tengah hari.

“Pesawat dari Nombor 16 Skuadron terbabit membawa empat anak kapal sedang melaksanakan latihan penerbangan yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada jam 11.27 pagi.

“Semua anak kapal yang terbabit selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, TUDM  akan menubuhkan pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya