ALOR SETAR: Tindakan pengilang menurunkan harga pembelian padi secara drastik daripada RM1,700 per tan kepada antara RM1,200 hingga RM1,250 sejak semalam memberi kesan besar kepada petani terutamanya kira-kira 50 peratus lagi golongan itu yang belum menuai hasil musim ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob berkata, tindakan pengilang itu adalah bukti bahawa golongan petani terus menjadi mangsa di ketika harga input pertanian, sewa serta upah penggunaan jentera kian meningkat. Katanya, isu tersebut tidak akan timbul sekiranya kerajaan mendengar keluhan petani sebelum ini agar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya