Peruntukan RM100 juta untuk MITRA bantu pelajar India ke menara gading - Utusan Malaysia

Peruntukan RM100 juta untuk MITRA bantu pelajar India ke menara gading

M. SARAVANAN (tengah) ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Konvensyen MIC Negeri Pahang ke-77 di Berjaya Hill Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 semalam yang meneruskan peruntukan RM100 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) membantu pelajar kaum itu yang layak ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, ia menunjukkan keprihatinan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan semua kaum di negara ini menerima manfaat dan mendapat perhatian.

Menurutnya, belanjawan yang dibentangkan semalam adalah bajet menyeluruh, memberi bantuan kepada semua lapisan rakyat termasuk masyarakat India.

“Bukan sahaja dalam aspek pendidikan, tapi turut diberi perhatian adalah peruntukan pembangunan rumah ibadat dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).

“Melalui MITRA pula, sebanyak RM100 juta diperuntukkan dan saya percaya ia akan membantu sosio ekonomi masyarakat India secara keseluruhan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tapah kepada pemberita sempena majlis perasmian Konvensyen MIC Negeri Pahang ke-77 di Berjaya Hill Bukit Tinggi di sini.

Saravanan berkata, menerusi MITRA, pelajar dari keluarga B40 atau M40 yang layak boleh memohon untuk mendapatkan ‘one-off’ apabila menerima tawaran ke IPT.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa mengambil berat berkaitan pembangunan SJKT di negara ini.

Katanya, setiap tahun kerajaan menyediakan peruntukan besar bagi memastikan keselesaan SJKT dapat ditingkatkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya