Perjuangan Abim tetap kukuh walaupun pejabat dibom rejim Zionis

Perjuangan Abim tetap kukuh walaupun pejabat dibom rejim Zionis

SEBAHAGIAN wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai Himpunan Solidariti Bersama Palestin di Dataran Rehal, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perjuangan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dalam membela nasib rakyat Palestin tetap utuh walaupun pejabatnya dibawah selain agensi Global Peace Mission (GPM) di Utara Gaza musnah dibom rejim Zionis.

Naib Yang Dipertua Abim Kelantan Saifulizam Muhamad berkata, perkara tersebut diketahui selepas dimaklumkan oleh Pengerusi GPM, Dr. Tareq al Talmas.

“Kita reda dengan apa yang berlaku dan ia tidak memberikan ‘tekanan’ kepada petugas Abim di Palestin untuk terus melaksanakan misi membantu umat Islam di bumi Gaza.

“Misi bantuan masih diteruskan mengikut keperluan seperti makanan panas, minuman dan makanan dalam tin. Setakat ini sebanyak RM16,000 telah disalurkan bagi membantu rakyat Palestin,” katanya ketika  ditemui pemberita selepas Himpunan Solidariti Bersama Palestin di Dataran Rehal, di sini hari ini.

Seramai hampir 1,000 orang melibatkan 25 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun selama satu jam sebagai tanda sokongan dan prihatin dengan nasib rakyat Palestin disamping menentang kekejaman Zionis.

Saifulizam memberitahu, akibat serangan itu bekalan elektrik terpaksa dicatu, namun pergerakan dan misi bantuan masih dilakukan.

Katanya, pada masa sama Abim belum mengetahui maklumat terkini mengenai projek ladang ternakan ayam yang dibangunkan untuk membantu rakyat sama ada dibom atau tidak.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN