Penuntut kolej maut, rakan parah dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Penuntut kolej maut, rakan parah dalam kemalangan

GAMBAR hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang penuntut sebuah kolej vokasional maut, manakala rakannya parah  dipercayai berlumba sebelum terlibat dalam kemalangan di Kilometer 59, Jalan Kota Tinggi-Kluang malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pada pukul 10.15 malam itu melibatkan dua buah motosikal Yamaha LC ditunggang oleh Mohamad Haikal Hakimi,16, Mohammad Zul Aidil, 18, dengan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu Fatahul Ariffin, 33.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua penunggang itu dipercayai sedang berlumba dari arah Kluang ke Kota Tinggi, manakala kereta Perodua Myvi yang berada di hadapan turut dari arah sama. 

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, kedua-dua penunggang motosikal secara tiba-tiba hilang kawalan sehingga menyebabkan mereka melanggar belakang kereta yang bergerak perlahan kerana mahu memasuki simpang ke Felda Ulu Penggeli. 

“Akibat perlanggaran itu, Mohamad Haikal Hakimi yang juga pelajar sebuah kolej vokasional mengalami kecederaan dalaman badan serta kepala menyebabkannya meninggal di lokasi kejadian  manakala Mohammad Zul Aidil patah tangan kanan selain cedera di beberapa bahagian badan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom untuk proses bedah dan rawatan, manakala pemandu Perodua Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Kes disiasat di bawah Seksyen  41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya