Peniaga maut motosikal terbabas langgar kera - Utusan Malaysia

Peniaga maut motosikal terbabas langgar kera

KERA yang dilanggar penunggang motosikal sehingga mangsa maut akibat berlanggar dengan Toyota Hilux di Kilometer Satu, Jalan Lipis-Kechau di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Gara-gara melanggar seekor kera, seorang penunggang berusia 29 tahun maut dalam kemalangan jalan raya apabila motosikalnya hilang kawalan lalu berlanggar dengan kenderaan pacuan empat roda di kilometer Satu, Jalan Lipis-Kechau, bandar Kuala Lipis di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8 pagi hari ini, mangsa, Norzaimi Isa yang beralamat di Kampung Tanjung Jambu di sini menunggang motosikal jenis Honda disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati mangsa melanggar seekor kera yang sedang melintas jalan.

“Akibat pelanggaran itu, motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun dari arah Kuala Kechau.

“Pemandu Toyota Hilux cuba mengelak ke kiri jalan, tetapi terlanggar motosikal dan mangsa. Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal maut di tempat kejadian setelah disahkan oleh petugas perubatan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis di sini hari ini.

Menurut Azli, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan penunggang motosikal gagal mengawal kenderaan lalu masuk ke laluan bertentangan.

Ujarnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat kes disiasat di bawah Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya