Pengarah AADK Sarawak calon PRK DUN Jepak - Utusan Malaysia

Pengarah AADK Sarawak calon PRK DUN Jepak

ISKANDAR TURKEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengumumkan bekas Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak, Iskandar Turkee sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg  mengumumkan calon GPS itu dalam satu majlis di Bintulu petang tadi..

Iskandar berkelulusan Sarjana Pembangunan Sumber Manusia  Universiti Putra Malaysia dan merupakan Ahli Panel Majlis Sosial Sarawak; Majlis Perpaduan Sarawak; Ahli Jawatankuasa Induk One Stop Committee Menangani Isu Dadah Sarawak dan Ahli Jawatankuasa Induk PEMADAM Sarawak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada Sabtu ini manakala pengundian awal dan hari mengundi masing-masing pada 31 Oktober dan 4 November.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lalu.

Allahyarham Talib menyandang kerusi itu  enam penggal dan kali terakhir mempertahankannya 2021 dengan majoriti 4,243 undi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya