Penganggur didakwa cederakan isteri - Utusan Malaysia

Penganggur didakwa cederakan isteri

JOSEPH KOO CHEN WEI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar atas pertuduhan mencederakan isterinya, minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, minggu lalu.

Tertuduh, Joseph Koo Chen Wei, 33,  membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid, hari ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Chen Wei didakwa dengan sengaja mencederakan isterinya, Ng Shwu Ling, 29, di Jalan Kim Kee, Taman Temiang Jaya, Muar pada pukul 12.30 tengah malam, 5 Oktober lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Siti Rohayu Salih, manakala tertuduh diwakili dari peguam bela  Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nor Hafizah Abdullah. 

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa serta melaporkan diri setiap bulan di balai polis berhampiran.

Tertuduh membayar jaminan tersebut dan kes disebut semula pada 9 November untuk lantikan peguam dan serahan laporan perubatan.

Pada 6 Oktober lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang penganggur menjerut leher dengan tali dan menutup mulut isterinya sehingga pengsan hanya kerana diberikan RM100 selepas meminta wang daripada mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN