Penemuan positif klinikal penggunaan minyak zaitun - Utusan Malaysia

Penemuan positif klinikal penggunaan minyak zaitun

WAN Hazmi Che Hon (tiga dari kanan) dan Aidil Azwal Zainudin (kanan) menunjukkan produk minyak zaitun sempena sidang akhbar di Hospital Pakar KPJ Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Universiti KPJ Healthcare (KPJU) dan syarikat pengeluar minyak zaitun, Aafiyat Holdings Sdn. Bhd. (Aafiyat) telah menghasilkan empat penemuan positif berbentuk klinikal dalam penggunaan minyak zaitun.

Hasil kerjasama dalam penyelidikan klinikal yang dimeterai sejak tahun 2021 oleh kedua-dua pihak itu, ia telah membawa penemuan positif penggunaan minyak zaitun dalam menangani keradangan, menambah baik fungsi kognitif dan menguruskan penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes dan artritis.

Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Seremban yang juga salah seorang penyelidik dalam kerjasama itu, Prof. Dr. Wan Hazmi Che Hon berkata, penemuan positif itu akan menjadi alternatif perubatan menangani penyakit kronik dan anti-penuaan melalui pemakanan minyak zaitun mahupun penggunaan secara luaran.

“Usaha dan ujian saintifik oleh pensyarah-pensyarah kanan dan baharu di KPJU menerusi Fakulti Farmasi telah menghasilkan pelbagai penemuan klinikal yang terkini menerusi penyelidikan berkaitan penyakit kronik dan anti-penuaan melalui pemakanan minyak zaitun mahupun penggunaan secara luaran,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Dalam pada itu, Presiden Kumpulan Aafiyat, Aidil Azwal Zainudin berkata, hasil kajian klinikal itu merupakan pencapaian besar dalam pengembangan produk minyak zaitun keluaran syarikat itu.

“Saya melihat ia satu inovasi dalam perubatan menggunakan produk minyak zaitun yang telah diketahui minyak ini mempunyai pelbagai khasiat. 

“Oleh itu, kerjasama ini dilihat positif sebagai alternatif membantu pihak hospital universiti menjalankan kajian klinikal dan membantu membawa minyak zaitun menangani pelbagai penyakit,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya