Pemuda lembam didakwa merogol, berdepan hukuman penjara 60 tahun - Utusan Malaysia

Pemuda lembam didakwa merogol, berdepan hukuman penjara 60 tahun

MUHAMMAD ZULFADLI AHMAD dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar atas tiga pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang gadis bawah umur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang pemuda berstatus orang kurang upaya (OKU) lembam berdepan hukuman penjara selama 60 tahun dan sebatan atas tiga pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap gadis bawah umur, bulan lalu.

Walau bagaimanapun, Muhammad Zulfadli Ahmad, 19, mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Muar, Abu Bakar Manat, di sini hari ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama, Muhammad Zulfadli yang mengalami masalah pembelajaran didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di belakang sebuah rumah di Lorong Haji Omar, Kampung Parit Sakai, Jalan Temenggong Ahmad, Muar pada pukul 1 pagi, awal September lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, pekerja kedai makan itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di sebuah rumah di Kampung Parit Punggor, Jalan Temenggong Ahmad, Parit Jawa pukul 10 malam, pertengahan September lalu.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan sama di tempat yang sama pada pukul 11.15 malam, 29 September lalu.

Dia  didakwa di bawah Seksyen 14(b) dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Abu Bakar kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikan  jamin sebanyak RM8,000 bagi kesemua pertuduhan selain perlu melaporkan diri ke Balai Polis Muar setiap bulan serta tidak dibenarkan berhubung dan mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 16 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN