Pemandu, pengusaha lori minga JPJ teliti semula SOP - Utusan Malaysia

Pemandu, pengusaha lori minga JPJ teliti semula SOP

SEBAHAGIAN pemandu dan pengusaha lori perdagangan dari seluruh negeri ini berhimpun di Indera Mahkota 14 bagi menyerahkan memorandum kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hampir 1,000 pemandu dan pengusaha lori perdagangan di negeri ini berhimpun bagi menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan yang dikenakan terhadap golongan itu.

Perhimpunan itu bertujuan menyerahkan memorandum yang mengandungi tujuh tuntutan kepada JPJ berikutan tekanan terhadap SOP penguatkuasaan yang terlalu ketat dan menekan mereka.

Seorang pemandu berkenaan, Mohd. Irwan Shah Ibrahim, 38, berkata, peraturan dan syarat operasi yang dikenakan terhadap pemandu itu ada yang sudah ketinggalan zaman dan perlu dikaji semula.

“Kita bukan nak menentang kerajaan tapi (perhimpunan) ini atas dasar menyuarakan pendapat kami. Setiap kali tukar pemerintahan (kerajaan), kami cuba menyuarakan, kami cuba menyokong, tapi mereka (kerajaan) sentiasa mencari kesalahan kami.

“Rakyat sedang tertekan, tolong pandanglah, jangan double standard atau pilih kasih. Ini semua untuk kebaikan negara, kita ada menteri, bukan tak ada menteri,” katanya yang ditemui pada himpunan aman ratusan pemandu lori di Indera Mahkota 14 di sini hari ini.

Seorang lagi pemandu lori, M. Subramaniam, 60, pula berkata, dia merasa terlalu tertekan kerana operasi penguatkuasaan tidak mengira masa dan terkejar sana-sini.

“Contohnya, syarat yang ditetapkan JPJ seperti tinggi, panjang lori, semua kami patuhi. Sejak 40 tahun dahulu tinggi lori ditetapkan 12 kaki, panjang 6 kaki. Tiba-tiba diubah, siapa beri kebenaran? Parlimen terang-terangan tak beri kelulusan,” ujarnya yang 30 tahun menjadi pemandu lori.

Katanya, lebih mengecewakan apabila mereka dikenakan demerit jika disaman buat pertama kali dan seterusnya lesen digantung bagi kompaun kali kedua.

“Tindakan akan menjejaskan pendapatan kami yang perlu menampung perbelanjaan keluarga selain kos bayaran saman dan lesen yang juga perlu ditanggung kami.

“Saya harap agar pihak berkenaan lebih bertimbang rasa dalam menjalankan operasi yang dikatakan keterlaluan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin yang menerima memorandum itu berkata, ia akan dimajukan kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

“Perkara yang terbabit pun ada yang melibatkan dasar. Jadi saya akan panjangkan perkara ini kepada pihak atasan untuk diteliti dan kita akan tengok apa perkembangannya selepas ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya