Pemandu jengkaut terkejut jumpa mayat Orang Asli dalam sampah

Pemandu jengkaut terkejut jumpa mayat Orang Asli dalam sampah

MAYAT seorang lelaki dipercayai Orang Asli ditemukan dalam sampah dan sisa kayu selepas tersangkut pada jambatan besi Sungai Berok berhampiran Ladang Kilang Liziz (LPG) di Kuala Betis di Gua Musang, Kelantan, hari ini.-IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pemandu jengkaut dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki Orang Asli tidak berpakaian yang berada dalam timbunan sampah dan sisa-sisa kayu selepas tersangkut pada jambatan besi Sungai Berok berhampiran ladang kelapa sawit di Kuala Betis di sini, hari ini.

Mayat seorang lelaki dipercayai Orang Asli itu ditemukan pada pukul 8.45 pagi semasa pemandu jengkaut melakukan kerja pembersihan di sungai berhampiran ladang tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mayat tanpa identiti itu dipercayai sudah berada di dalam sungai itu kira-kira dua hingga tiga hari sebelum ditemukan.

“Hasil pemeriksaan awal pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan pecah pada kepala dan kaki mangsa.

“Kita tidak menolak kemungkinan, mangsa terkena batu atau kayu yang terdapat di dalam sungai terbabit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, berpandukan kepada siasatan di tempat kejadian, berkemungkinan mangsa mati disebabkan lemas dan kemudian dihanyutkan arus sebelum ditemukan.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur perlakuan jenayah ke atas mayat mangsa dan siasatan lanjut masih diteruskan,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya