Pelaburan KWSP dijangka meningkat RM700 bilion tahun ini - Utusan Malaysia

Pelaburan KWSP dijangka meningkat RM700 bilion tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah wang yang dilaburkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka meningkat kepada RM700 bilion hujung tahun ini iaitu peningkatan sebanyak sembilan peratus berbanding pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini berdasarkan kepada jumlah keseluruhan pelaburan KWSP dalam pasaran domestik iaitu sebanyak RM665 bilion, setakat Jun 2023.

Menurut beliau, pelaburan KWSP adalah berpandukan daripada dana ditetapkan oleh Panel Pelaburan KWSP pada setiap tahun.

“Untuk tempoh 2018 hingga 2022, KWSP telah memperuntukkan purata melebihi 80 peratus daripada jumlah dana tahunan untuk dilaburkan dalam pasaran domestik. Bagi 2023, sebanyak RM97 bilion atau 83 peratus daripada jumlah dana tahunan telah diperuntukkan.

“KWSP akan terus memberi keutamaan kepada pelaburan domestik dengan membahagian sebahagian besar daripada dana tahunannya kepada pasaran tempatan untuk pelaburan domestik termasuk dalam bentuk pasaran wang di bank-bank tempatan,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, bagi memastikan KWSP dapat mengoptimumkan pelaburannya

dengan mampan, Panel Pelaburan KWSP sentiasa berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) yang mengalokasikan aset pelaburan KWSP dalam pelbagai kelas aset, geografi, mandat dan strategi selaras dengan objektif pelaburan KWSP sebagai sebuah dana persaraan.

Setakat ini, KWSP melabur 45.5 peratus dalam Instrumen Berpendapatan Tetap diikuti Ekuiti Tersenarai (42.5%), Ekuiti Persendirian (3.0%), Aset Nyata (6.0%) dan Instrumen Pasaran Wang (3.0%).

Beliau menjawab soalan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) mengenai cadangan untuk meningkatkan pelaburan tempatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 70 peratus berbanding 64 peratus pada 2022 seperti yang disyorkan oleh Perdana Menteri pada bulan Mei lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya