PETALING JAY : Seorang pegawai kerajaan di sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM40,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses tuntutan bayaran syarikat kontraktor.
Penahanan lelaki berusia 40-an dilakukan pukul 2 petang tadi di pejabat SPRM Putrajaya.
Menurut sumber, lelaki itu dipercayai melakukan rasuah antara tahun 2017 hingga 2020 dengan wag tersebut dikesan dipindahkan ke akaun miliknya.
Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, selepas keterangannya direkodkan elaki itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000. – UTUSAN