Pahang lancar Tabung Palestin 2.0 - Utusan Malaysia

Pahang lancar Tabung Palestin 2.0

WAN ROSDY Wan Ismail (tiga dari kiri) melancarkan Tabung Palestin 2.0 di Dataran MBK di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tabung Palestin 2.0 yang dilancarkan pada Himpunan Pahang For Palestin di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini hari ini berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM110,000 setakat ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tabung berkenaan dibuka kepada seluruh rakyat negeri ini, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Walaupun Palestin 17,700 kilometer jauhnya dari Pahang tetapi hati kita dekat dengan rakyat negara itu. Ini kerana kita benci kepada kekejaman, kezaliman yang dilakukan Israel.

“Sebenarnya, Pahang dari dahulu tidak pernah jemu dan penat untuk membantu Palestin dengan menyumbang sehingga RM700,000 pada Tabung Palestin 1.0,” katanya pada Himpunan Pahang For Palestin di Dataran MBK di sini hari ini.

Himpunan itu disertai Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badlishah Alauddin; pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); selebriti televisyen, Farah Adeeba dan aktivis kemanusiaan Heliza dan Hazwani Helmi.

Mereka yang hadir menyampaikan ucapan kekejaman Israel dan mendoakan semoga rakyat Palestin tidak lagi ditindas rejim zionis.

Melalui Tabung Palestin 2.0 ini, kerajaan negeri menyumbang RM100,000 manakala RM10,000 pula diberikan oleh Majlis Kebajikan India Muslim Pahang.

Sebelum ini, sejumlah RM700,000 berjaya dikutip dan disumbangkan kepada rakyat Palestin melalui Tabung Palestin 1.0.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, himpunan itu diadakan bagi menunjukkan kebencian terhadap Israel yang melakukan kekejaman dan kezaliman kepada rakyat di Palestin.

Jelasnya, Israel bukan sahaja memutuskan bekalan makanan, air dan elektrik, sebaliknya kemudahan internet turut diputuskan supaya perhubungan dunia dan Palestin tersekat.

“Pahang muncul sebagai negeri pertama di negara ini menganjurkan himpunan berkenaan sebagai tanda sokongan kepada Palestin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya